Sunday, August 17, 2008

FOR MORE DETAILS....

Please Contact me:



Ruzila Ariyanti Bt Masduki
012-925 3047

Saturday, August 16, 2008

Kutemui Sinar.......

suatu hari En. Mazli b. Masduki telah menjemput saya untuk menghadiri satu taklimat kerjaya bersama CIMB, ketika itulah saya dikenalkan dengan pemilik Agency Inspired Vision iaitu Puan Neng Hayati, dan saya benar-benar bersyukur dan berterima kasih kepada dua orang individu ini yang telah membawa saya kedalam industri ini, tanpa mereka saya mungkin masih mencari-cari peluang pekerjaan atau mungkin menganggur, dan dari apa yang pernah saya lalui saya akui bahawa setiap kejadian atau musibah itu ada hikmah tersendiri yang kita sendiri tidak tahu bahawa ia akan membawa perubahan pada kehidupan kita.
CIMB W.A benar-benar mngubah diri saya sepenuhnya, mengubah cara hidup saya, pemikiran saya, serta keyakinan diri saya, walupun saya bukanlah mempunyai latar belakang tentang kewangan ianya tidak menjadi faktor utama untuk saya berjaya dalam bidang ini dengan CIMB W.A.
Ia bukan sahaja membantu saya untuk saya meningkatkan pendapatan saya, bukan pendapatan biasa tetapi luar biasa. Malah ia juga membantu individu-individu disekeliling saya terutama pelanggan saya utnuk mencapai impian mereka. Kini saya lebih fokus dengan apa yang saya lakukan, gembira dan yakin pada diri sendiri. Segalanya di CIMB W.A.

Bermula Disini........

Kemudian setelah lama menjawat jawatan penganggur terhormat akhirnya saya diterima bekerja disalah sebuah syarikat sebagi Pereka Grafik. Betapa gairahnya saya pada ketika itu, memasuki alam pekerjaan dengan penuh semangat walaupun saya hanya ditawarkan dengan pendapatan bulanan hanya RM 750, pada ketika itu saya tidak kisah dengan gaji serendah itu kerana yang penting saya tidak digelar penganggur dan mahu menimba pengalaman,namun kuharapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. "Pereka Grafik" hanya gah pada nama namun pada dasarnya saya terpaksa melakukan semua tugas dari tugas kerani hinggalah ke pereka grafik. Begitulah keadaannya bila kita bekerja makan gaji, keringat kita digunakan sepenuhnya, dan kemudian saya mengambil keputusan untuk merubah kehidupan saya.....

Sebelum ini saya adalah......

Saya Ruzila Ariyanti Bt Masduki terpaksa menganggur selama setahun setengah, selepas menamatkan Diploma dalam bidang Sains Komputer, bukan tidak berusaha mencari pekerjaan, tetapi kerana dek terlalu ramai lambakan siswazah dalam bidang itu, ditambah pula dengan tiada pengalaman kerja tidak melayakkan saya untuk memenuhi kriteria yang diperlukan. Dari situ saya berfikir bahawa setinggi manapun taraf pendidikan yang kita ada sekiranya tiada pengalaman dan tidak diperlukan dimana-mana syarikat diploma yang saya miliki itu tiada nilainya...

Pendapatan Sebagai P.F.A tidak Mencukupi...

Mengimbau sejarah disektor perbankan sejak tahun 1950, tidak banyak perubahan yang berlaku terutama pendapatan pekerja-pekerja bank. Dimana pada ketika itu gaji permulaannya adalah sebanyak RM 200, dan kini pendapatan mereka adalah disekitar RM 1000 sahaja.
Pada septrmber 2007 berlakunya piket beramai-ramai oleh pekerja-pekerja bank ini menuntut kenaikan gaji serta bonus, antara yang terkandung dalam piket tersebut "BANK ROMPAK BONUS KAMI". Tuntutan ini adalah berikutan daripada kenaikan harga barang yang begitu mendadak.
Mereka juga tidak dibenarkan bekerja lebih masa untuk menambah pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, selain itu mereka juga tiada fokus terhadap tugas mereka kerana terpaksa melakukan pelbagai tugas dalam satu masa.
"Terbelakah nasib anda dengan mengabdikan diri selama-lamanya didalam sektor ini"?
"Terjaminkah masa hadapan anda"?
"Kemanakah hala tuju anda didalam bidang ini"?

Thursday, August 14, 2008

Kami Mencari Penasihat Kemewahan

Anda seorang P.F.A disalah sebuah Institusi kewangan?

Tidak berpuas hati dengan pendapatan anda sekarang?

Ingin meningkatkan taraf pendapatan dengan cara yang lebih professional serta menjamin masa hadapan anda?