Saturday, August 16, 2008

Bermula Disini........

Kemudian setelah lama menjawat jawatan penganggur terhormat akhirnya saya diterima bekerja disalah sebuah syarikat sebagi Pereka Grafik. Betapa gairahnya saya pada ketika itu, memasuki alam pekerjaan dengan penuh semangat walaupun saya hanya ditawarkan dengan pendapatan bulanan hanya RM 750, pada ketika itu saya tidak kisah dengan gaji serendah itu kerana yang penting saya tidak digelar penganggur dan mahu menimba pengalaman,namun kuharapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. "Pereka Grafik" hanya gah pada nama namun pada dasarnya saya terpaksa melakukan semua tugas dari tugas kerani hinggalah ke pereka grafik. Begitulah keadaannya bila kita bekerja makan gaji, keringat kita digunakan sepenuhnya, dan kemudian saya mengambil keputusan untuk merubah kehidupan saya.....

No comments: