Mengimbau sejarah disektor perbankan sejak tahun 1950, tidak banyak perubahan yang berlaku terutama pendapatan pekerja-pekerja bank. Dimana pada ketika itu gaji permulaannya adalah sebanyak RM 200, dan kini pendapatan mereka adalah disekitar RM 1000 sahaja.
Pada septrmber 2007 berlakunya piket beramai-ramai oleh pekerja-pekerja bank ini menuntut kenaikan gaji serta bonus, antara yang terkandung dalam piket tersebut "BANK ROMPAK BONUS KAMI". Tuntutan ini adalah berikutan daripada kenaikan harga barang yang begitu mendadak.
Mereka juga tidak dibenarkan bekerja lebih masa untuk menambah pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, selain itu mereka juga tiada fokus terhadap tugas mereka kerana terpaksa melakukan pelbagai tugas dalam satu masa.
"Terbelakah nasib anda dengan mengabdikan diri selama-lamanya didalam sektor ini"?
"Terjaminkah masa hadapan anda"?
"Kemanakah hala tuju anda didalam bidang ini"?
No comments:
Post a Comment